“Biasanya bapa hantar anak, ini terbalik pula” – Tomok sambung belajar, janji buat terbaik

LocalEntertainment
16 Apr 2025 • 10:58 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Tomok berkongsi berita gembira apabila dapat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di Universti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI).

Tomok sambung belajar

image is not available

Menerusi satu perkongsian video pendek di Instagram miliknya, memperlihatkan dia dan anak-anak berkunjung ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di Tanjong Malim, Perak.

image is not available

Instagram will load in the frontend.

“Biasanya ayah dan ibu yang hantar anak-anak tapi ini terbalik pula. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik di sini,” tulis Tomok pada Isnin.

Tomok sambung belajar sepenuh masa

Untuk maklumat, Tomok atau nama lengkapnya Shah Indrawan Ismail melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Muzik dan Seni Persembahan.

image is not available

Dalam perkongsian sama, terlihat juga kehadiran pelakon Amerul Afenddi yang turut melanjutkan pengajian dalam bidang sama pada hari pertama mendaftar masuk ke universiti.

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa bangga melihat anak seni itu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Bukan itu sahaja, ada juga mendoakan agar Tomok dapat menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang serta memberi nafas baharu kepada industri kreatif tanah air.

Bangga jadi peminat Tomok

image is not available

Contoh yang sangat baik

image is not available

Moga berjaya dengan cemerlang

image is not available

Bulan lalu, pelantun lagu Sejarah Mungkin Berulang itu telah berkongsi satu tangkap layar memaparkan tawaran bagi melanjutkan pengajian di universti tersebut.

Instagram will load in the frontend.

Untuk rekod, Tomok sebelum ini berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM), pada tahun 2023.

Sumber: Instagram Tomok