Tomok Kembali Jadi Pelajar, Kini Sambung Pengajian Master - “Biasanya Ayah, Ibu Hantar Anak-Anak, Ini Terbalik Pula”

16 Apr 2025 • 9:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Tomok kini sudah mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim untuk menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana atau master.

 

Sambung master

Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail merakamkan dirinya sedang melakukan proses pendaftaran termasuk menerima kad siswa, menghadiri orientasi dan melawat ke beberapa bangunan pengajian.

“Biasanya ayah, ibu hantar anak anak, ini terbalik pula. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik,” tulisnya.

 

 

 

 

 


Difahamkan Tomok meyambung pengajian dalam program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa di institut pendidikan berkenaan.

Berikut merupakan video penuh Tomok:

        View this post on Instagram                      

A post shared by Tomok (@tomokofficial)