Bidaan Nombor Pendaftaran SIS Bakal Dibuka

LocalCars
12 Aug 2025 • 8:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri 'SIS' kepada orang awam sempena sambutan sempena Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, Tuanku Sultan Selangor berkenan untuk JPJ menawarkan NPI tanda indeks SIS.

"Tanda indeks NPI siri SIS itu membawa maksud 'Sultan Idris Shah' yang juga Sultan Selangor Ke-9 serta meraikan sambutan Jubli Perak.

image is not availableimage is not available

"Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan NPI 'SIS' secara bidaan dalam talian melalui Sistem JPJeBid." katanya.

NPI SIS itu akan dibuka untuk bidaan kepada orang awam mulai Jumaat (15 Ogos) ini sehingga jam 10 malam, 19 Ogos ini manakala keputusan bidaan akan diumumkan pada 20 Ogos.

Harga bidaan adalah mengikut harga minimum yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.

Sehubungan itu, mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved