Mydin Lancar Misi Meow Prihatin, Bantu Kucing Terbiar

7 Aug 2025 • 8:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menyempurnakan perasmian program ‘Misi Meow Prihatin’ sempena sambutan Hari Kucing Sedunia di MYDIN Subang Jaya, Selangor.

Program tanggungjawab sosial korporat ini merupakan inisiatif kerjasama antara Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) dan Persatuan Kebajikan Haiwan (PAWS) yang akan menempatkan bank makanan kucing di 27 cawangan pasar raya besar MYDIN bagi orang ramai khususnya pelanggan MYDIN menyumbang makanan kucing.

Baginda juga berkenan melancarkan rangkaian produk makanan dan kesihatan kucing keluaran MYDIN jenama SmartCat dan SuperCat, khas untuk memenuhi keperluan pemilik haiwan peliharaan dengan harga mampu milik dan kualiti terjamin.

Mydin dalam satu kenyataan berkata, pelancaran ini menandakan komitmen MYDIN untuk memperluas tawaran produk jenama sendiri (house brand) ke dalam segmen penjagaan haiwan peliharaan.

image is not available

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin, “ Program ini julung kali diadakan dan merupakan cerminan komitmen berterusan MYDIN dalam menyantuni bukan sahaja masyarakat, tetapi juga haiwan yang menjadi sebahagian daripada keluarga dan komuniti kita”.

Tambah Mydin lagi, setiap individu mahupun organisasi korporat perlu membantu dan menyayangi setiap makhluk termasuk haiwan peliharaan seperti kucing. Justeru, inisiatif seperti ini dapat melibatkan masyarakat khususnya pelanggan kami untuk bersama-sama menyumbang melalui bank makanan kucing yang disediakan di cawangan terlibat” ujar beliau lebih lanjut.

MYDIN menerusi inisiatif MYDIN Prihatin juga turut menyumbangkan barangan makanan dan keperluan haiwan bernilai RM10,000.00 bagi meringankan perbelanjaan Persatuan Kebajikan Haiwan (PAWS).