Bidang Ijazah Yang Mencapai Kadar Pengangguran Tertinggi

Business & Finance
28 May 2026 • 2:15 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Bidang Ijazah Yang Mencapai Kadar Pengangguran Tertinggi

Realiti hidup hari ini kita dapat menyaksikan bahawa segulung ijazah sarjana muda bukan lagi jaminan atau ‘tiket’ untuk seseorang graduan terus melangkah dengan mudah ke alam pekerjaan. 

Selepas bertahun-tahun memerah tenaga dan berusaha keras demi sekeping skrol, ramai yang terpaksa berhadapan dengan tamparan realiti apabila tempoh menunggu panggilan kerja menjadi semakin panjang, malah ada yang terpaksa bekerja dalam bidang yang langsung tidak berkaitan dengan bidang yang dipelajari di menara gading.

Peralihan landskap industri yang dipacu oleh kepantasan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta persaingan yang makin padat telah mengubah kriteria pemilihan majikan, di mana nilai seseorang calon kini lebih diukur menerusi kemahiran praktikal, portfolio yang kukuh dan kemampuan untuk cepat menyesuaikan diri berbanding nama universiti di atas sijil. 

Meskipun ijazah tetap mempunyai kepentingannya yang tersendiri, keadaan semasa ini jelas menimbulkan persoalan besar tentang sejauh mana sistem pendidikan dan ekosistem pekerjaan sedia ada benar-benar adil dalam memberikan ruang serta peluang buat golongan fresh grad membina masa depan mereka.

Berikut merupakan senarai bidang-bidang yang semakin kurang mendapat tempat dalam industri pada masa hadapan;

1. Mass Communication (25% – 35%)

Bidang Mass Communication mencatat kadar pengangguran sekitar 25% hingga 35% berpunca daripada lambakan graduan dalam bidang ini. Dalam masa sama, peluang pekerjaan dalam industri media semakin mengecil.

Perkembangan teknologi dan penggunaan AI juga memberi kesan besar apabila banyak kandungan kini boleh dihasilkan secara automatik tanpa keperluan tenaga kerja manusia, termasuk video dan penulisan asas content.

2. Graphic Design (20% – 30%)

Bidang ini turut mencatat kadar pengangguran antara 20% hingga 30% akibat persaingan tinggi serta perubahan teknologi.

AI kini mampu menghasilkan rekaan dengan lebih pantas berbanding manusia, sekali gus mengubah keperluan industri. Selain itu, banyak syarikat lebih cenderung mengambil freelancer dengan kos lebih rendah untuk menjimatkan perbelanjaan.

Faktor utama dalam industri ini kini bukan lagi sijil semata-mata, tetapi portfolio dan kemahiran sebenar.

3. Business (15% – 25%)

Bidang Business mencatat kadar pengangguran sekitar 15% hingga 25% disebabkan jumlah graduan yang terlalu ramai serta sifat bidang yang terlalu umum.

Ramai graduan akhirnya menerima pekerjaan di luar bidang atau bergaji rendah kerana persaingan yang tinggi dalam pasaran kerja.

4. Bioteknologi (25% – 40%)

Bidang Bioteknologi merekodkan kadar pengangguran antara 25% hingga 40%, antara yang tertinggi.

Ini disebabkan peluang pekerjaan yang terhad di Malaysia, dengan banyak syarikat berkaitan lebih tertumpu di luar negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Eropah.

Kebanyakan majikan juga mengutamakan calon berpengalaman berbanding graduan baharu.

5. Psychology (20% – 35%)

Bidang Psychology mencatat kadar pengangguran sekitar 20% hingga 35%.

Ramai majikan berpendapat ijazah sarjana muda sahaja tidak mencukupi, sebaliknya memerlukan sekurang-kurangnya peringkat Master atau PhD untuk kerjaya profesional dalam bidang ini.

Disebabkan syarat ketat tersebut, ramai graduan beralih ke bidang lain seperti HR, pentadbiran atau customer service.

6. Tourism & Hospitality (20% – 30%)

Bidang ini mencatat kadar pengangguran antara 20% hingga 30% akibat ketidaktentuan industri.

Gaji yang rendah serta waktu kerja syif menjadi faktor utama ramai graduan tidak kekal lama dalam bidang ini dan beralih ke sektor lain.

7. Animation / Multimedia (20% – 30%)

Bidang Animation dan Multimedia juga mencatat kadar pengangguran sekitar 20% hingga 30% disebabkan persaingan yang sangat tinggi.

Perkembangan AI yang mampu menghasilkan suntingan video dan grafik turut meningkatkan tekanan kepada graduan dalam bidang kreatif ini.

8. Social Sciences (25% – 35%)

Bidang Social Sciences merekodkan kadar pengangguran antara 25% hingga 35%, antara yang tertinggi dalam senarai.

Kekurangan peluang pekerjaan khusus menyebabkan ramai graduan bekerja dalam sektor yang tidak berkaitan dengan bidang pengajian mereka.