BigPay Lite Tersedia Di Aplikasi AirAsia MOVE

TechnologyDigital
9 Sep 2024 • 4:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BigPay Lite kini tersedia di aplikasi AirAsia MOVE sekaligus membolehkan pengguna membuat akaun BigPay dengan cepat sambil membuat pembayaran dalam talian yang selamat. Dalam erti kata lain memudahkan pengguna mendaftar dan membayar tanpa langkah tambahan. Malahan boleh mendaftar terus daripada widget BigPay Lite pada aplikasi AirAsia MOVE dengan mengisi maklumat peribadi dan menggunakannya dengan segera.

image is not available

Pengguna turut boleh menambah nilai akaun masing-masing menggunakan DuitNow Transfer tanpa perlu memautkan kad fizikal. Setelah kesemuanya tersedia maka pengguna boleh membuat pembayaran untuk pelbagai kegunaan seperti tiket penerbangan (sama ada AirAsia dan bukan AirAsia), barangan bebas cukai dan sebagainya.

Terdapat juga diskaun dan promosi eksklusif ditawarkan yang termasuk potongan RM5 untuk syarikat penerbangan bukan AirAsia, dan barangan bebas cukai dengan jumlah perbelanjaan minimum tertentu. Sebagai tambahan kepada diskaun tadi, BigPay Lite juga menawarkan faedah seperti akses awal kepada promosi dengan kod khusus. BigPay Lite kini hanya tersedia di Malaysia.

image is not available

BigPay sebelum ini sudah sedia diintegrasikan terus ke aplikasi AirAsia. Dengan pelancaran BigPay Lite pula dilihat menjadi langkah strategik kedua-dua syarikat untuk meningkatkan pengalaman penggunaan lebih baik. Kemudian menjadikan aplikasi lebih mudah diakses untuk proses pembayaran yang lancar, di samping menikmati faedah istimewa dan akses lebih awal untuk promosi menarik daripada AirAsia.