X Perkenalkan Ciri Menyunting DM Namun Hanya Di iOS

TechnologyDigital
5 Sep 2024 • 3:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika sebelum ini Instagram memberikan ciri menyunting DM (Direct Message), kini aplikasi X juga turut mula memperkenalkan ciri berkenaan di platform media sosialnya namun hanya kepada pengguna peranti iOS. Sebelum ciri ini tersedia, pengguna perlu menghantar semula kiriman mesej baru untuk membetulkan kesalahan ejaan, tetapi dengan ketersediaan ciri baru ini mesej boleh terus disunting dengan mudah dan pantas.

image is not available

Ciri suntingan DM ini secara tidak langsung menjadikan komunikasi antara pengguna menjadi lebih efisien sekaligus meningkatkan kualiti interaksi sesama mereka. Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk melakukan suntingan sekiranya terdapat sebarang kesalahan dengan pantas. Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu tap pada sesuatu mesej untuk seketika, dan seterusnya memilih “Edit message” pada menu.

Ciri seumpama ini dirasakan cukup berguna khususnya bagi mereka yang gemar menggunakan platform ini untuk berkomunikasi dengan rakan atau kenalan. Meskipun kini ciri ini hanya tersedia kepada pengguna peranti iOS, kami berharap X akan segera memberikan akses yang sama kepada pengguna Android kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved