#BigStageAlpha: Nama Diramal Ke Pentas Akhir, Ariel Fesol Anggap Itu Doa Dari Peminat - “Sekiranya Apa Yang Dikatakan Itu…”

6 Jun 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bintang Big Stage Alpha (BSA), Ariel Fesol meluahkan rasa syukur apabila namanya menjadi sebutan peminat untuk mara ke pentas akhir sekali gus debut untuk menjadi salah seorang ahli kumpulan Alpha.

Bagi Ariel, segala kata-kata daripada peminat itu merupakan satu doa buat dirinya untuk terus mara dalam program tersebut.

“Sekiranya apa yang dikatakan itu dimana nama saya tercalon dalam kumpulan Alpha nanti saya akan aminkan sahaja. Sebab itu antara doa doa dari netizen kan yang lain tu saya tidak kisah pun.

“Walau siapa pun yang akan ada dalam kumpulan Alpha itu, saya pasti semuanya sudah hebat-hebat belaka kerana persembahan di minggu keenam itu sudah cukup membuktikan kepada semua orang  yang setiap bintang mahukan peluang ini. Jadi, saya rasa sangat gembira dengan apa yang kami semua sudah lakukan,” jelasnya.


Tinggal satu minggu lagi untuk menuju ke minggu akhir, Ariel akui sangat gembira melihat peningkatan yang ditunjukkan oleh semua bintang BSA.

Bagaimanapun, dia juga mengakui untuk berada dalam kelompok tujuh terbaik bukan satu perkara mudah dan setiap peserta kini membawa harapan besar untuk merebut peluang berharga itu.

“Untuk saya, benda tu subjektif sebab setiap orang ada pandangan masing-masing. Tapi bila dah masuk semi final dan tinggal tujuh orang, saya memang rasa tekanan yang kuat juga.

“Yang tinggal sekarang semuanya bagus. Kalau orang cakap saya akan ada dalam kumpulan Alpha pun, belum tentu itu rezeki saya. Tapi saya tetap mengharapkan yang baik-baik sahaja,” ujarnya. 


Untuk info, Ariel Fesol berjaya meraih kedudukan pertama di minggu suku akhir dengan markah sebanyak 83.30 peratus dari keputusan juri manakala diikuti rapat Izat Ibrahim dan Ray-D dengan keputusan sebanyak 81.70 peratus dan 80.60 peratus.


Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.

Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.