#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul, OT7 Jadi Realiti

16 Jun 2025 • 12:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Teka teki peminat terjawab apabila pihak produksi mengumumkan ketujuh-tujuh bintang alpha berjaya debut di pentas akhir sebentar tadi. 
 

OT7 diumumkan


Enam bintang pertama yang diumumkan adalah Daniel Sher, Izat Ibrahim, Ray-D, Ariel Fesol, Rizal Rasid dan Afiq Sky. 



Namun hanya nama Araf sahaja yang tidak diumumkan.



Bagaimanapun selepas teriakan “OT7” dilaungkan oleh penonton, pihak produksi memberikan kejutan dengan mengumumkan  Araff sebagai bintang terakhir untuk debut bersama bintang yang lain.



Ketujuh tujuh bintang Alpha ini diterbangkan ke Korea untuk mendapatkan latihan intensif. 



Dalam pada itu, juri tetap Hael Husaini turut menjemput mereka untuk membuat persembahan di konsert Hael Husaini dan Repertoire.