Bijak kumpul aset sejak muda, Aliff Syukri akui ada 400 hingga 500 buah rumah 

LocalBusiness & Finance
9 Sep 2025 • 5:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya memiliki antara 400 hingga 500 buah rumah hasil daripada usaha keras dalam dunia perniagaan.

Aliff Syukri minat beli rumah sejak muda

Perkara itu dikongsikan menerusi sesi siaran langsung di TikTok, di mana beliau menceritakan bagaimana minat membeli rumah bermula sejak usia sangat muda.

“Sejujurnya saya ada 400 ke 500 buah rumah, saya pun tak ingat berapa sebab banyak.
Saya mula beli rumah sejak umur 21 tahun,” ujarnya.

@modelistaempire

#aliffsyukri

♬ Growth Mindset - Ednaldo reis

Aliff Syukri dedah rumah pertamanya tidak mahal

Ujarnya, dia telah mula membeli rumah pada usia 21 tahun dan menyatakan harga rumah pada zaman awal pembabitannya jauh lebih rendah berbanding sekarang, sekaligus membuka peluang untuknya mengumpul aset bernilai tinggi.


Rumah pertama saya tak mahal, RM99,000 sahaja. Rumah teres corner lot di Puncak Alam.
Dulu rumah murah,” katanya.

image is not available

Seronok dengar orang Melayu berjaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan pencapaian bapa kepada enam cahaya mata itu.

Ada yang menyifatkannya sebagai contoh bijak dalam merancang masa depan kerana memilih untuk melabur pada hartanah yang kini nilainya semakin meningkat.

image is not available

Aset tu penting untuk pelaburan masa depan

image is not available

Beliau penyumbang terbesar zakat Selangor

image is not available

Sekadar info, Aliff Syukri telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid dan dikurniakan enam orang cahaya mata.

Ketika ini, beliau dilihat aktif berniaga menggunakan platform media sosial dibantu oleh isteri dan anak-anak yang dilihat turut berminat dalam bidang tersebut.

Sumber: TikTok modelistaempire