Bil eletrik naik lagi! Akmal Saleh minta kerajaan jangan bergantung pada bantuan

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 10:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyambut baik langkah kerajaan untuk meneliti usaha mitigasi bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan bil elektrik.

Image from: Bil eletrik naik lagi! Akmal Saleh minta kerajaan jangan bergantung pada bantuan

Daily Express Malaysia

Bagaimanapun, beliau berpandangan penyelesaian jangka panjang perlu diberi perhatian dengan menggalakkan lebih banyak isi rumah beralih kepada penggunaan tenaga solar bagi membantu mengurangkan kos elektrik secara berterusan.

“Kami menyambut baik pengumuman Perdana Menteri semalam bahawa kerajaan akan meneliti langkah mitigasi bagi meringankan beban rakyat susulan kenaikan bil elektrik.
“Namun, rakyat memerlukan penyelesaian yang berkesan untuk jangka panjang. Kerajaan wajar membantu lebih banyak isi rumah beralih kepada tenaga solar supaya mereka berpeluang mengurangkan bil elektrik secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Dr Akmal mencadangkan kerajaan melaksanakan dua langkah utama bagi menjadikan pemasangan sistem solar lebih mudah dicapai oleh rakyat.

Menurutnya, kerajaan boleh menyediakan insentif kepada syarikat yang terlibat dalam industri solar bagi menggalakkan lebih banyak penyedia menawarkan perkhidmatan pemasangan.

Katanya, peningkatan jumlah penyedia perkhidmatan dapat mewujudkan persaingan yang sihat, sekali gus berpotensi membantu menurunkan kos pemasangan sistem solar dan menjadikannya lebih mampu milik kepada isi rumah.

Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan menyediakan rebat kepada isi rumah yang memasang sistem solar bagi mengurangkan beban kos permulaan.

“Berikan rebat kerajaan kepada isi rumah yang memasang sistem solar. Rebat ini dapat mengurangkan kos pemasangan awal, yang sering menjadi halangan utama kepada rakyat untuk menggunakannya,” jelasnya.

Dr Akmal berkata, pendekatan membantu rakyat menggunakan tenaga solar juga boleh menjadi alternatif jangka panjang berbanding kebergantungan berterusan kepada bantuan kerajaan bagi menampung peningkatan kos penjanaan elektrik.

“Jika kerajaan terus bergantung pada bantuan untuk menampung kenaikan kos penjanaan elektrik, beban kewangan negara boleh meningkat apabila harga bahan api naik.
“Pelaburan untuk membantu rakyat menggunakan tenaga solar pula berpotensi mengurangkan kebergantungan isi rumah kepada bekalan elektrik daripada grid dalam jangka panjang,” ujarnya.

Artikel lain: “Aku rasa berdosa!” -Akmal Saleh sedih, segera bantu keluarga hidup tanpa air & elektrik

Beliau menegaskan, penggunaan tenaga solar perlu dijadikan antara pilihan yang lebih mudah dicapai oleh rakyat supaya mereka bukan sahaja dapat menangani peningkatan bil ketika ini, malah mempunyai peluang menjimatkan kos elektrik untuk tempoh yang lebih panjang.

“Sudah tiba masanya kerajaan menjadikan tenaga solar pilihan yang mampu dicapai oleh rakyat. Ringankan bil mereka hari ini, dan berikan mereka jalan untuk menjimatkan kos elektrik pada masa hadapan,” tambahnya lagi.

Sunber: Facebook Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved