“Bila Ada Overprotective Family..” – Nak Kelainan Lepas Cerai, Shila Amzah Tindik Hidung

Entertainment
16 Feb 2023 • 11:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
shila amzah tindik hidung

Nama penyanyi Shila Amzah kembali menjadi sebutan selepas dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya pada Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas berpisah, penyanyi ini dilihat kembali aktif dalam dunia seni apabila menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza dan meraih tempat ketiga.

Shila Amzah nak kelainan lepas cerai

image is not available

Penyanyi itu juga dilihat tampil dengan imej bertindik di hidung menyebabkan peminat tertanya-tanya. Menerusi sesi langsung di TikTok, Shila berkata dia mahukan kelainan selepas berpisah dengan suami.

Tambahan pula, penyanyi ini mengakui dia memang suka bertindik sejak dari sekolah lagi.

Bila ada overprotective family, you nak jadi rebellious (memberontak) kan. Jadi, selepas Sha cerai, I wanted something. Sha macam nak something different.

Terdahulu, penyanyi lagu Patah Seribu ini mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh terkenal, Ubai.

Kredit: Astro Gempak | Instagram Shila Amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.