“Bila bangun tu senyum je” – Ina Naim Kongsi Pernah Bermimpi Tentang Arwah Suami, Wajah Bersih & Bercahaya

Entertainment
28 May 2024 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun arwah Suhaimi Saad sudah lama ‘pergi’ meninggalkan kita, namun kisah-kisah mengenainya masih lagi menjadi sebutan ramai.

Terbaru, isteri arwah, penyanyi Ina Naim berkongsi kisahnya pernah bermimpi bertemu dengan arwah Suhaimi sebanyak tiga kali.

Ina atau nama penuhnya, Nordiana Mohd Naim, 40, berkata menerusi satu sesi live di Tiktok, sebaik terjaga dari mimpi bertemu dengan arwah, dia tidak pernah berasa sedih dan sebaliknya akan tersenyum dengan mimpi itu.

Saya ada mimpi arwah (Suhaimi). Mimpikan dia sangat seronok dan saya tidak sedih.

“Semua mimpi tentang dia, apabila bangun tidur saya senyum sahaja,” katanya.

Menurut Ina lagi, dia melihat wajah arwah kelihatan sangat bersih dan bercahaya. Tambahnya, sejurus terjaga dari tidur, Ina akan membacakan doa yang mana akan mengubati rasa rindunya itu.

Saya mimpi dia dah tiga kali dalam keadaan yang sama di meja makan. Ada air kemudian dia tundukkan muka dan senyum.

“Muka dia sangat bersih, putih bercahaya dan dekat pipi dia timbul urat-ura warna hijau.

“Saya rasa dia sangat selesa dekat sana, bila saya terjaga dari tidur saya akan bacakan doa untuk hilang rasa rindu,” katanya lagi.

Untuk info, Suhaimi Saad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 November tahun lalu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat masalah kesihatan yang menyebabkan organ dalamannya tidak berfungsi.

Sumber: TikTok, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.