Bila Bapa Nak Ikut Trend Bergambar Dengan Motor, Reaksi Anak Cuit Hati Ramai

Family & ParentingLifestyle
11 Jul 2026 • 7:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bila Bapa Nak Ikut Trend Bergambar Dengan Motor, Reaksi Anak Cuit Hati Ramai

Bila Bapa Nak Ikut Trend Bergambar Dengan Motor, Reaksi Anak Cuit Hati Ramai

Sejak adanya pelbagai inovasi digital, setiap lapisan umur kini tidak lagi 'buta teknologi'.

Seperti ibu bapa kita, kebanyakan dari mereka boleh mengakses pelbagai jenis kandungan di media sosial menggunakan telefon pintar mereka.

Tidak hairan jika ada juga di antara mereka yang berjaya menjadi pencipta kandungan.

Bahkan ada ibu bapa yang mudah 'terpengaruh' dengan trend terkini di media sosial.

Seperti seorang bapa ini yang meminta anak-anaknya untuk menyunting gambar bersama motosikalnya.

Namun, perbualan mereka di dalam kumpulan WhatsApp keluarga itu mencuit hati warga maya.

"Baru plan nak pakai helmet baring atas jalan"

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan oleh pengguna Threads, @1khwaaannn, bapanya menghantar gambar seorang individu berbaring di tepi motosikal dan bertanya macam mana gambar itu dirakam.

Jawab Ikhwan, ia merupakan gambar hasil menggunakan dron kerana diambil dari sudut pandang atas.

Namun, anak perempuannya berkata bapa mereka mahu gambar itu dicipta menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Image from: Bila Bapa Nak Ikut Trend Bergambar Dengan Motor, Reaksi Anak Cuit Hati Ramai

"Abah nak AI, abah la punca bumi makin panas," selorohnya.

Namun jawapan si bapa membuatkan ramai terhibur.

"Kalau ramai solat bumi jadi sejuk semula," selorohnya.

Dia juga berkata sudah rancang untuk bersiap dan berbaring di atas jalan.

Image from: Bila Bapa Nak Ikut Trend Bergambar Dengan Motor, Reaksi Anak Cuit Hati Ramai
Image from: Bila Bapa Nak Ikut Trend Bergambar Dengan Motor, Reaksi Anak Cuit Hati Ramai

"Baru rancang nak tukar baju, pakai helmet baring atas jalan," katanya sebelum menghantar gambarnya yang sedia ada ke dalam kumpulan itu.

Akhirnya, gambar itu berjaya dicipta menggunakan AI.

"Dah siap, kalau kat luar mahal gambar ni," kata Ikhwan.

Image from: Bila Bapa Nak Ikut Trend Bergambar Dengan Motor, Reaksi Anak Cuit Hati Ramai
Image from: Bila Bapa Nak Ikut Trend Bergambar Dengan Motor, Reaksi Anak Cuit Hati Ramai
Image from: Bila Bapa Nak Ikut Trend Bergambar Dengan Motor, Reaksi Anak Cuit Hati Ramai

Menjengah ke ruangan komen, pengguna Threads meluahkan rasa terhibur dengan gelagat keluarga Ikhwan.

"Nasib baik ada kau, kalau dia baring tengah jalan dah jadi satu hal geng-geng jemaah sekali dengan imam Wahab baring depan rumah kau"

"Kenapa tak letak imam Wahab kat sebelah abah tu Mohd..?"

Baca juga:

"Adakah abah awak dan ayah saya satu group riders. Ayah saya siap print gambar sendiri naik ADV dekat baju, mati-mati aku tengok dekat-dekat perut buncit dia rupanya muka dia sendiri"

"Habiss ahh kau dik sebab berjaya buat gambar seperti abah nak. Lepas ni banyak lagi tu haha"

Sehingga kini, perkongsian itu mendapat sebanyak 29,000 tanda suka dan lebih sejuta views.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved