Bila boss mula attack peribadi, bukan kerja..
itu selalunya tandanya dia sudah hilang point pada prestasi, lalu mula menyerang maruah.
Kerja sepatutnya dinilai pada hasil.
Pada disiplin.
Pada tanggungjawab.
Pada cara kita buat tugas.
Tapi bila teguran mula jadi,
“awak ni memang lembap orangnya”
“patutlah hidup pun tunggang-langgang”
“muka macam tak boleh harap”
“memang perangai awak macam ni”
itu bukan lagi pengurusan.
Itu penghinaan.
Boss yang profesional akan betulkan kerja.
Boss yang tak matang akan jatuhkan orang.
Sebab bila seseorang tak mampu menang dengan fakta kerja, dia akan cuba menang dengan rasa takut, malu, dan rendah diri.
Dan ramai pekerja rosak bukan sebab kerja terlalu susah.
Tapi sebab hari-hari dipaksa duduk dalam suasana yang buat mereka rasa diri tak bernilai.
Kalau seseorang menegur kerja anda, itu normal.
Tapi bila dia mula serang rupa, latar belakang, personaliti, keluarga, atau kelemahan peribadi anda…
itu tandanya isu sebenar bukan lagi tentang kerja.
Itu tentang kuasa.
Dan orang yang terlalu suka guna kuasa untuk kecilkan orang lain, selalunya bukan kuat sangat pun.
Mereka cuma takut kehilangan kawalan.
Jangan keliru antara “boss tegas” dengan “boss yang suka menjatuhkan orang”.
Tegas membina.
Menghina merosakkan.
Dan tempat kerja yang sihat sepatutnya membetulkan kerja tanpa menghancurkan jiwa orang yang melakukannya.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
