'Bila Dah Beli Cincin Tu Maknanya Dah Serius' - Ubai Sedang Pilih Tarikh Untuk Melamar Shila Amzah

14 Apr 2023 • 4:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ubai dan Shila. - Gambar dari Instagram

Pempengaruh media sosial, Ubai mengakui sudah pun membeli cincin dan kini sedang memilih tarikh yang sesuai untuk melamar kekasihnya iaitu penyanyi popular, Shila Amzah.

"Insha Allah, cincin itu tanda untuk kita ke fasa yang seterusnya. Bila dah beli cincin tu, maknanya dah serius. 

"Tak tahu lagi tarikhnya bila. Saya sedang berbincang lagi dengan Shila dan keluarga dia. Lagipun ibu saya masih kurang sihat. Jadi kami masih lagi dalam fasa menentukan tarikh yang sesuai," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem Polis Evo 3.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Kongsi Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, lagi, dia akan mengikut adat Melayu dengan melalui proses merisik, bertunang dan seterusnya nikah.

Ditanya bagaimana dengan penerimaan keluarganya terhadap Shila, kata Ubai ibunya telah pun bertemu Shila dan semuanya berjalan dengan baik. Ubai juga telah bertemu dengan ibu Shila dan pernah bertemu dengan ND Lala. 

Terdahulu, Shila telah memuat naik video dimana dia dan Ubai berada di kedai barang kemas untuk mengambil cincin bagi pihak Shila. 

Dalam hantaran berkenaan Shila menulis kapsyen, "Akhirnya Sha setuju. Terima kasih buat semua yang mendoakan yang baik-baik. Semoga Allah permudahkan segalanya," - Getaran, 14 April 2023.