“Kami Ada Rancang Kahwin, Tapi…” – Ubai Nafi Beri Cincin Lamaran Untuk Shila Amzah, Rupanya Sebab….

Entertainment
8 Apr 2023 • 2:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular desas desus mengatakan penyanyi Shila Amzah telah dilamar oleh kekasihnya, Ubai selepas dia memuat naik video di TikTok ketika berada di kedai cincin.

image is not available 2 hari lalu

"Harini Kita Ambil Cincin Kita" - Letak 'I Said Yes' Di TikTok, Shila Amzah Terima Lamaran Ubai?

Terbaru, Ubai menjelaskan bahawa pembelian cincin buat kekasihnya itu bukanlah bermaksud dia melamar Shila namun merupakan tanda membawa hubungan ke arah lebih serius.

Ujarnya, mereka tidak merancang tentang hal itu dan ia berlaku secara kebetulan ketika mereka keluar untuk pergi berbuka puasa.

Kami nak berbuka lepas tu ternampak kedai cincin dan saya tertarik dengan sebentuk cincin. Dia (Shila) cuba dan berkenan lalu saya pun beli.”

image is not available

Ketika ditanya tentang perkahwinan, Ubai berkata ketika ini mereka mahu fokus kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu.

Kami ada rancang untuk ke fasa seterusnya tapi buat masa sekarang saya lebih beri fokus kepada kerjaya saya sebagai produser.”

image is not available