“Bila Dah Sampai Masa, Tiada Siapa Akan Tolong Kamu” – Marissa Dania Hilang Sabar

6 Sep 2025 • 10:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia marissa Dania 1

Walaupun konflik rumahtangga sudah lama berlalu, anak kepada Abby Abadi iaitu Marissa Dania sehingga kini masih menjadi bahan kecaman netizen.

Sehingga ada yang sanggup cipta ‘akaun palsu’ semata-mata untuk menyebarkan kebencian tentang Marissa.

Ada akaun gigih cari salah Marissa

image is not available

Terbaru, Marissa tidak berdiam diri dan kongsi semula screenshot memaparkan kata-kata cacian yang dibuat individu tersebut.

Berdasarkan apa yang ditulis, individu tersebut dilihat ‘gigih’ mencari kesalahan Marissa dan menyebarkannya di TikTok.

image is not available

Buat pertama kalinya, Marissa membidas semula dengan sindiran yang jelas menunjukkan rasa muak dengan cacian berterusan.

image is not available

Malah, dalam satu lagi hantaran, Marissa memuat naik imej berkaitan dokumen mahkamah dengan mesej:

Bila dah sampai masa, no one will help you. No one. Not even your supporter k.

Perkongsian itu sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa Marissa mungkin mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan kebencian terhadapnya itu.

image is not available

image is not available

Pssttt! Sama ada benar Marissa akan membawa hal ini ke muka pengadilan atau tidak, ia tetap menjadi peringatan bahawa setiap komen dan tuduhan boleh membawa kesan besar kepada seseorang.

Kredit: Instagram Marissa Dania
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.