“Nak Kahwin Dua Tapi Tak Adil, Yang Sorang Tu Dia Back Up Lebih Lebih” – Aslam Dikritik Tidak Pertahankan Marissa Dania

EntertainmentFamily & Parenting
6 Sep 2025 • 12:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Apabila pelakon Abby Abadi membangkitkan isu rumah tangga anaknya, Marissa Dania sudah tentu suami pempengaruh itu iaitu Aslam turut menjadi bualan ramai.

Apatah lagi sejak Abby Abadi membuat beberapa hantaran, Aslam masih berdiam diri dan memilih untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan di media sosial.

Hal itu mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang berpendapat Aslam seharusnya tampil mempertahankan isteri keduanya daripada dikritik dan jadi bahan bualan.

image is not available

Menerusi hantaran Abby Abadi di Instagram, seorang individu yang menghantar DM kepada pelakon itu telah menyuarakan pendapatnya dan mengkritik tindakan Aslam.

Katanya, Marissa seorang gadis yang cantik dan layak mendapat lelaki yang lantang bersuara untuk mempertahankan isteri dan bukannya menjadi suami yang hanya mendiamkan diri.

image is not available

image is not available

Nak kahwin dua tapi tak adil. Yang sorang dia back up lebih lebih, yang sorang bila netizen hentam dia diam je. Nasib Marissa ada mama dia yang berani bersuara.

image is not available

Komen panjang tersebut dikongsikan Abby Abadi menerusi hantaran di Instagram untuk menyatakan isi hatinya yang terbuku berhubung rumah tangga anak keduanya itu.

Hantaran tersebut juga turut meraih pelbagai komen daripada pengikut Abby Abadi yang mendoakan terbaik buat keluarga berkenaan.

image is not available 2025-09-06 10:25:14

"Ada Yang Suruh Saya Diam Atau Dia Akan Diamkan. Okay, TRY ME" - Abby Abadi