“Bila Dah Tak Ada Tu Maknanya Tak Ada..” – Rita Rudaini Penat Ditanya Tentang Bekas Suami, Akui Sudah Bahagia Dengan Anak-Anak

Family & Parenting
22 Feb 2024 • 12:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak setuju sesetengah pihak melibatkan anak-anak dalam isu rumah tangga, pelakon Rita Rudaini akui rimas apabila sering diajukan soalan tentang bekas suaminya, Aidil Zafuan meskipun sudah lama berpisah.

Belum sedia mencari pasangan

Menurut aktres berumur 48 tahun ini, dirinya masih belum bersedia untuk membuka hatinya bagi menerima pasangan baru kerana Rita masih ingin memberi fokus sepenuhnya kepada kedua anaknya.

Bila saya dengan anak, saya rasa saya dah bahagia, dapat fokus pada anak-anak.

 

Saya nak kasih saying tu 100 peratus pada diaorang. Saya taknak bahagikan bila ada suami, kena kongsi kasih sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Ganggu emosi anak-anak

Pada masa yang sama, ketika ditemu bual, Rita kelihatan kurang selesa apabila orang ramai sering bertanya tentang Aidil kepada anak-anaknya. Katanya, jika orang ramai benar-benar ingin tahu, tanyalah sendiri padanya dan bukan anak-anak.

Pada orang ramai, tak perlulah ganggu emosi anak-anak. Diaorang masih budak-budak. Kalau nak sangat tanya, meh sini tanya saya.

 

Bila dah tak ada tu maknanya tak ada lah. Jangan tanya-tanya. Tak habis-habis, sampai bila ni. Umur saya dah 48, dah bertahun bercerai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Tambahan pula, ketika ditanya jika pelakon ini berharap bekas suaminya akan datang semula menjaga anak-anak, Rita dengan ringkas menjawab hal itu tidak perlu dilakukan oleh bekas suaminya kerana baginya, sudah terlambat untuk dia hadir dalam hidup mereka.

image is not available 4 weeks ago

"Ye, Saya Seorang Tanggung Mereka Segala-Galanya" - Rita Rudaini Luah Kisah Perit Jerih, Berkorban Macam-Macam Demi Anak-Anak