“Isteri Pertama Lelaki Itu Sedang Tunai Umrah” – Anak Abby Abadi Dan Norman Hakim Didakwa Sudah Bernikah Senyap-Senyap Di Songkhla?

Entertainment
7 Feb 2024 • 5:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh hari ini apabila nama anak kepada pelakon Abby Abadi dan bekas suami Norman Hakim, Marissa Dania didakwa sudah menjadi isteri orang secara senyap-senyap.

Memetik Harian Metro, Marissa bernikah di luar negara iaitu Songkhla, Thailand bersama lelaki yang pernah dikaitkan dengannya yang dikenali sebagai Aslam.

Aslam sebelum ini dilaporkan mempunyai seorang isteri dan isteri lelaki itu pernah membuat pendedahan mengenai kisah curang lelaki itu bersama anak seorang pelakon terkenal dipercayai Marissa.

Menurut sumber, Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga gadis itu dan juga isteri pertama Aslam.

image is not available

Mereka berkahwin ketika Misya (isteri pertama) pergi menunaikan umrah. Kiranya Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan.

Sebelum ini, Marissa menerima kecaman setelah dirinya terpalit dengan kontroversi menjadi pengacau rumah tangga satu pasangan suami isteri sehingga ‘viral’ di media sosial sekitar tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 19 hours ago

(VIDEO) "Penyimpan Mohor Besar.." - Peminat Tanya Nama 3 Orang Bekas Kekasih Datuk K, Ini Respon Penyanyi Tersohor Siti Nurhaliza