Bila Guru Takut Menegur, Murid Hilang Bimbingan -Dr. Zulkifli Al-Bakri Dedah Punca Buli

LocalOpinion
8 Jul 2026 • 5:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Peranan guru yang semakin terbatas untuk mendidik dan mengambil tindakan terhadap pelajar dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes buli di sekolah.

Peranan guru semakin terbatas

Menerusi hantaran di media sosial Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan kewibawaan guru perlu dikembalikan agar mereka dapat membimbing, menegur dan membentuk sahsiah pelajar dengan lebih berkesan.

Menurut beliau, guru perlu dihormati, namun dalam masa sama sentiasa dipandu oleh agama, akhlak, undang-undang dan kebijaksanaan ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.

“Guru wajib dihormati, namun pada masa yang sama perlu dipandu oleh agama, akhlak, undang-undang dan kebijaksanaan serta sentiasa terbuka untuk menerima teguran.
“Apabila guru hilang kewibawaan, sekolah kehilangan tiangnya. Apabila guru takut menegur, murid kehilangan bimbingan,” tulisnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu buli menerusi siri Mauqif bertajuk ‘Isu Buli: Saatnya Kita Kembalikan Roh Pendidikan’.

Image from: Bila Guru Takut Menegur, Murid Hilang Bimbingan -Dr. Zulkifli Al-Bakri Dedah Punca Buli

Kes buli semakin membimbangkan

Dalam pada itu, beliau turut menambah, kes buli yang semakin membimbangkan bukan sahaja meninggalkan trauma kepada mangsa dan menghakis keyakinan diri, malah terdapat insiden yang meragut nyawa.

Beliau menegaskan bahawa perbuatan membuli tidak boleh dianggap sebagai gurauan kerana setiap bentuk ejekan, penghinaan dan tindakan yang menyakiti orang lain merupakan satu kezaliman menurut Islam.

Image from: Bila Guru Takut Menegur, Murid Hilang Bimbingan -Dr. Zulkifli Al-Bakri Dedah Punca Buli

Bagi mengukuhkan pandangannya, Dr Zulkifli berkongsi kisah ulama tersohor, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi yang pernah menceritakan pengalaman ketika kecil dihantar oleh bapanya ke halaqah al-Quran untuk menghafaz al-Quran.

Menurutnya, al-Sya’rawi pernah menceritakan bahawa hanya dengan melihat rotan yang tergantung di hadapan kelas sudah cukup untuk menimbulkan rasa gerun, sekali gus mendorongnya belajar bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat atau malas.

Image from: Bila Guru Takut Menegur, Murid Hilang Bimbingan -Dr. Zulkifli Al-Bakri Dedah Punca Buli

Susulan daripada itu, beliau berharap perkongsian tersebut dapat menjadi cetusan fikiran kepada semua pihak dalam memperkukuh usaha membendung gejala buli secara lebih menyeluruh, bersepadu serta berlandaskan adab, disiplin dan nilai pendidikan.

Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

The post Bila Guru Takut Menegur, Murid Hilang Bimbingan -Dr. Zulkifli Al-Bakri Dedah Punca Buli appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved