“Jangan Reka Firman Allah” – Dr Zulkifli Ingatkan Semak Dulu Ayat Dipetik Dari Al-Quran Sebelum Terbitkan Buku

29 Jun 2026 • 10:33 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) sedang menyiasat dakwaan kesilapan penulisan ayat al-Quran dalam sebuah buku bertajuk ‘Wanita Syurga’ yang diterbitkan influencer Islamik, Aisyah Hijanah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan, pihaknya memandang serius berhubung dakwaan kecuaian berkenaan.

“Saya mengambil maklum bahawa penulis sudahpun memohon maaf tetapi kita ingin memastikan ia tidak akan berlaku lagi selepas ini,” katanya.

Terbaharu semalam (28 Jun), bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali mereka-reka atau mencipta firman Allah SWT.

Perbuatan tersebut dikatakan mampu membawa impak yang besar lebih-lebih lagi jika ayat itu dikatakan merupakan petikan dari kitab suci al-Quran.

Semak Dulu Sebelum Sebarkan Sesuatu Yang Dinisbahkan Kepada al-Quran – Dr Zulkifli

Selain itu, Dr Zulkifli yang juga bekas Menteri Agama turut meminta orang ramai agar menyemak dahulu kesahihan ayat al-Quran sebelum menyebarkannya.

Kadang-kadang satu perkongsian yang disangka kecil, boleh membawa kesan yang besar. Kerana yang kita bawa bukan sekadar kata-kata manusia, tetapi kalam Allah SWT yang suci dan mulia. Sebelum menyebarkan sesuatu yang dinisbahkan kepada al-Quran, berhentilah seketika dan semaklah terlebih dahulu. Pastikan ayatnya benar, terjemahannya tepat dan tafsirnya dirujuk daripada sumber yang sahih.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Image from: “Jangan Reka Firman Allah” – Dr Zulkifli Ingatkan Semak Dulu Ayat Dipetik Dari Al-Quran Sebelum Terbitkan Buku

Amanah Yang Besar Jika Bawa Nama Allah SWT, Terutamanya Dalam Penerbitan Bahan Bacaan

Teguran ini ditekankan kepada pihak yang terlibat dalam penerbitan buku, artikel atau bahan bacaan.

“Jangan sampai kerana mahu mengejar kebaikan dalam berkongsi, kita terjatuh dalam kesilapan terhadap firman Allah SWT.

“Lebih-lebih lagi kepada pihak yang menerbitkan buku, artikel atau bahan bacaan. Amanah ini sangat besar. Jangan sesekali meletakkan sesuatu yang bukan daripada al-Quran lalu disandarkan kepada Allah SWT,” katanya.

Dosa Besar Jika Sandarkan Sesuatu Yang Salah Kepada Allah SWT – Dr Zulkifli Al-Bakri

Tegas Dr Zulkifli lagi, berdosa besar jika seseorang menyandarkan sesuatu kepada Allah walaupun tahu perkara tersebut tidak benar atau dilakukan secara sengaja.

“Para ulama tafsir mengingatkan bahawa berkata tentang Allah tanpa ilmu adalah perkara yang sangat berat. Berdosa besar jika seseorang menyandarkan sesuatu kepada Allah dalam keadaan mengetahui ia tidak benar atau segaja dilakukan,” ulasnya.

View on Threads

Pastikan Ayat al-Quran Yang Dipetik Benar, Jangan Hanya Disangka Sebagai Ayat Kitab Suci

Allah SWT berfirman:

وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

“Dan (Allah mengharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui.”

[Surah al-A‘raf: 33]

Oleh disebabkan itu, adalah penting untuk mengesahkan dahulu kesahihan sesuatu ayat yang dipetik dari ayat al-Quran dan semak sebelum dikongsi.

“Jangan sesekali menisbahkan sesuatu kepada al-Quran tanpa memastikan kesahihannya. Pastikan setiap ayat yang dipetik benar bukan sekadar kata-kata yang disangka sebagai ayat al-Quran. Peliharalah kemuliaan kalam Allah sebagaimana kita menjaga amanah yang paling berharga,” kata beliau.

Aisyah Hijanah Mohon Maaf, Akui Terdapat Kesilapan Penulisan Ayat al-Quran

Sebelum ini, influencer Islamik, Aisyah Hijanah mendapat perhatian ramai selepas ada pembaca mendedahkan potongan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang salah serta mengelirukan dalam salah satu buku terbitannya berjudul, ‘Wanita Syurga’.

Aisyah Hijanah kemudiannya tampil memohon maaf dan menganggap isu tular ini sebagai salah satu bentuk teguran serta pengajaran buatnya supaya lebih cakna dalam mana-mana cetakan dibawah tanggungjawabnya.

Menurut Aisyah, sebagai seorang figura Islamik yang sering berkongsi mengenai agama, dia juga sedar bahawa dirinya sepatutnya berhati-hati dalam segala perkongsian.

Baca Artikel Berkaitan: Aisyah Hijanah Mohon Maaf & Akui Ada Kesilapan Penulisan Ayat Al-Quran Dalam Buku ‘Wanita Syurga’

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Guna Potongan Al-Quran Palsu & Hadis Dhaif, Netizen Minta KDN Siasat Buku Dakwah Tular

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved