“Bila mahu bayar hutang?” – Ahlong Bawa ‘Bunting’ Dan Guna ‘Speaker’, Tuntut Hutang Depan Rumah

Entertainment
27 Oct 2023 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sering kita lihat pemungut hutang atau lebih dikenali sebagai ahlong banyak menggunakan cara kasar kepada peminjam mereka yang culas membayar dengan cara mengugut, menyimbah cat dan ada yang sampai tahap membunuh.

Namun kali ini, berbeza pula pendekatan dibuat oleh sekumpulan pemungut hutang yang bertindak melaksanakan cara yang lebih ‘kreatif’ untuk memberi peringatan kepada peminjam.

Menerusi sebuah video tular di media sosial, dapat dilihat tiga orang lelaki dipercayai pemungut hutang telah menggunakan bunting dan pembesar suara untuk menuntut wang mereka.

Dalam video yang dikongsikan di laman X, kelihatan tiga individu berbaju hitam sedang berjalan sambil membawa bunting dan pembesar suara ke sebuah rumah. Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah kawasan perumahan dekat Kluang, Johor pada Rabu.

Setibanya mereka di hadapan pagar rumah si peminjam, mereka menggunakan pembesar suara dengan menyebut nama si peminjam dan memintanya keluar untuk berunding.

Malah mereka menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil untuk menyatakan tujuan kehadiran mereka.

“Bila mahu bayar ini hutang. Bayar hutanglah. Beli kereta boleh, besar-besar tapi hutang tak mahu bayar,” kata mereka.

Menurut sumber, polis Johor telah menerima satu laporan daripada pemilik rumah tersebut berhubung gangguan tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang telah menyebabkan gangguan dan kegelisahan dalam kalangan penduduk sekitar.

Sumber: X, Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.