“Bila Nak Tegakkan Islam?” – Akan Dipenjara Buat S*ks Luar Nikah Di Indonesia, Netizen ‘Perli’ Malaysia Bila Lagi

8 Dec 2022 • 1:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan negara Indonesia merupakan satu kawasan pelancongan yang amat popular di kalangan para pelancong luar untuk kunjungi selain Thailand serta Malaysia.

Difahamkan, baru-baru ini, negara Indonesia telah meluluskan kanun jenayah baru dimana hukuman penjara selama setahun akan dilakukan bagi sesiapa yang melakukan hubungan ‘luar nikah’.

Bukan itu saja, bersekedudukan sebelum mendirikan rumah tangga turut dilarang dan bakal dipenjara selama 6 bulan jika didapati bersalah.

Hukuman tersebut bukan saja untuk rakyat Indonesia, malah pelancong luar juga akan dihukum seandainya bersalah dan susulan itu, ramai orang luar meluahkan rasa tidak puas hati serta menyelar ia bakal merosakkan industri.

Kerana perkara ini menjadi topik tumpuan ramai, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang memberi pandangan mengenai isu yang berlaku dan kebanyakkan netizen seakan-akan memerli bila negara ini akan mengenakan hukuman seperti negara Indonesia jika melakukan hubungan ‘luar nikah’.

image is not available

Bahkan mereka turut meluahkan rasa respect terhadap negara Indonesia kerana berani mencegah hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku di negara mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

PU Azman Didakwa Lagi Atas Pertuduhan Amang Seksual & Kelucahan Melampau Terhadap Tiga Remaja Lelaki