“Bila Orang Lain Senyap Pula..” – Baby Shima Tak Puas Hati, PU Syed Diamkan Diri Isu Konsert Di Kelantan

19 Sep 2022 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa pendakwah bebas media sosial dan pihak yang terlibat dalam pengajuran sebuah konsert di negeri Kelantan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di IG Stories, Shima telah mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang hanya berdiam diri terhadap penganjuran konsert yang berlangsung selama tiga hari itu.

Malah, penyanyi lagu Baby Sayang itu turut menyindir para ahli agama yang mendiamkan diri dan tidak melakukan sebarang bantahan terhadap konsert berkenaan.

Kelantan ada konsert! Ummah dan PU/ Ustaz/ ustazah media sosial tak nak buat DEMO ke! Haritu kata nak buat DEMO besar-besaran.

Dalam pada itu, Shima atau nama penuhnya Nor Ashima binti Ramli telah memetik nama Pengurusi Lajnah PAS, Kartini Ahmad yang sebelum ini menegur persembahannya sangat memalukan sebagai seorang wanita Musalim.

Senyap je Pengurusi Lajnah PAS ni, kalau shima laju je bersuara,” tulis Shima.

image is not available

Bukan itu sahaja, Shima turut mempertikaikan tindakan pendakwah bebas, PU Syed yang didakwa bersikap tidak adil apabila sering membuat bantahan terhadap konsertnya, namun berdiam diri terhadap konsert di Kelantan.

Yang kat Kelantan tak nak bersuara ke. Bagitau kat penguasa, pbt, jabatan agama Kelantan, seperti mana yang awak tulis tentang konsert kita tu. Tak aci konsert kita je berkali-kali awak menyalak.

Konsert kat Kelantan senyap pula, sebab kat Kelantan ke semua senyap? Bukan ke awak kata konsert haram.. Amboi isu terpilih je ke berani. Bila Shima laju jeterkejar-kejat nak upload sana sini, bila orang lain senyap pula..” tulis Shima lagi.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Pengsan Nabil Nak Kawal Dia" - Semangat Jadi Pengacara GV9, Peminat Puji 'Energy' Kak Lina PomPom