“Sampai Hati Tak Ambil Shima Buat Promo Seluar Dalam Dan Baju Dalam Ni” – Baby Shima

10 Sep 2022 • 2:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima mengejutkan pengikut Instagram apabila memuat naik kenyataan berani mati mahu mencuba jadi model pakaian dalam untuk jenama popular, Calvin Klein.

Dalam hantaran itu, Baby Shima berkata, sudah ramai artis Malaysia dipanggil untuk iklan pakaian dalam dan rata-rata netizen memberikan komen yang positif.

Ingin komen yang hebat seperti kebanyakan artis lain, penyanyi dangdut ini mahu mencuba nasib jadi model pakaian dalam pula. Sindir ke tu?

Sampai hati tak ambil shima buat promo seluar dalam dan baju dalam ni!! Bukan apa, ramai artis Malaysia dah dapat buat iklan ni! Cemburu lah tengok komen-komen tempat dorang.

Difahamkan, Baby Shima yang kini berada di Indonesia dikecam ramai gara-gara seluar warna kulit dipakainya menampakkan garisan seluar dalam.

Rata-rata daripada netizen menegur penyanyi ini agar berhati-hati dalam pemilihan pakaian. Kata mereka seluar yang dipakai Shima terlalu ketat dan mencolok mata.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram Baby Shima

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.