
SUATU ketika dulu, Que Haidar merupakan antara pelakon terkenal yang sering menghiasi kaca televisyen dan layar perak.
Namun selepas beberapa tahun aktif, dia memilih untuk 'menarik handbrake' daripada dunia lakonan, memberi ruang untuk diri sendiri dan memperlahankan langkah dalam industri seni.
Kini, Que kembali aktif, tetapi bukan sekadar muncul semula di layar. Dunia seni yang diterokainya kini jauh berbeza daripada zaman dulu, penuh dengan media sosial, perhatian netizen, dan benda viral yang datang tanpa henti.
“Saya tahu kenapa saya nak masuk industri balik. Saya nak kerja dan memang saya sibuk sekarang ni. Jadi saya tahu benda tu dan saya sedar benda tu.
"Mungkin sebab orang ingat kerja-kerja sendiri saya. Orang korek-korek balik kerja-kerja saya, cerita baru saya nampak. Cerita untuk Ain, saya nampak macam-macam lah. So, happy lah orang ingat kerja saya,” kongsi Que.

Bagi Que, kembali bukan sekadar soal publisiti, tapi lebih kepada cinta kepada seni dan kerja keras. Dia mahu hasil kerjanya dihargai, dan ini memberi motivasi untuk kembali walaupun dunia kini lebih mencabar.
“Comeback ni, macam mana? Zaman saya tak ada handbrake, tak ada media sosial. Itu yang obvious. Dan bila saya comeback, ada media sosial. Itu yang sangat obvious yang lain.
"Zaman sekarang, kerja-kerja sendiri ni begitu. Dan kita kena involve dengan media sosial. So, ada peruan.
"Mula-mula saya rasa macam, eh apa ni? Apa ni? Tapi slowly saya cuba membiasakan diri saya dengan benda ni semua,” katanya lagi.
Cabaran terbesar Que ialah perhatian dan kritikan yang datang terus daripada netizen.
Dia mengakui bukan mudah membuat orang suka, tetapi kini dia cuba kekal positif dan menjaga emosi sendiri.
“Kadang-kadang orang tak suka dengan kita. Orang suka tentang kita sebab mungkin hidup mereka tak se... Mungkin mereka tak happy dengan hidup mereka.
"Jadi, bila mereka rendah-rendahkan kita, mereka merasa feel better. Saya cuba menjaga perasaan saya dan ignore orang. Just think positive,” katanya jujur.

Comeback
Que juga mengakui bahawa sifat introvert dan rasa ‘awkward’ sejak kecil masih ada.
Dari hanya mempunyai tiga hingga empat orang kawan semasa sekolah, pengalaman itu membentuk siapa dirinya hari ini.
Namun, minat dan keyakinan membantunya perlahan-lahan menerima dirinya sendiri.
“Saya sebenarnya macam orang yang malu. Saya sangat malu. Tapi bila saya habis belajar dan masuk akademi kebangsaan, saya rasa macam orang keliling saya lebih kurang saya.
"Minat yang sama. Slowly belajar benda tu. Menerima, belajar selesa dengan diri sendiri. Tapi malu tu masih ada,” katanya.

Selain itu, Que mengakui bahawa penerimaan orang terhadap kerjanya memberi kepuasan dan motivasi.
“Orang ingat kerja saya, itu dah cukup. Orang boleh tengok balik kerja saya dan menghargainya.
"Happy lah orang ingat kerja saya,” tambahnya dengan senyuman.
Comeback Que Haidar bukan sekadar kembali berlakon, tetapi membuktikan bahawa introvert pun boleh berjaya jika tahu kekuatan diri, fokus pada minat, dan belajar menyesuaikan diri dengan dunia yang semakin pantas dan viral.

