“Bila Saya Marah, Dia Akan..” – Dah 2 Tahun Berkahwin, Gong Hyojin Puji Kebaikan Suami

EntertainmentLifestyle
5 Sep 2024 • 11:28 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pejam celim pejam celik, dah hampir 2 tahun sejak Gong Hyo-jin dan Kevin Oh berkahwin.

Baru-baru ini, Gong Hyo-jin telah muncul sebagai tetamu jemputan dalam program Jo Jung-suk “A-List To Playlist” di Netflix dan bercakap tentang suaminya, Kevin Oh.

Ketika ditanya apa kelemahan suaminya selepas 2 tahun hidup bersama, pelakon wanita itu akui,

Saya tak dapat cari kelemahannya. Saya bimbang dia jumpa kelemahan saya. Saya cenderung untuk meninggikan suara apabila saya marah tetapi dia menenangkan saya dalam bahasa Inggeris. Saya malu.

Respon Jo Jung-suk,

Awak memang tak jumpa langsung kelemahannya? Awak dah jumpa cinta sebenar. Kita sepatutnya jumpa dia tapi dia sedang berkhidmat dalam tentera sekarang.

Celah Jung Kyung-ho pula,

Jom kita pergi keluar sekali.

Balas Gong Hyo-jin,

Boleh, lepas dia keluar tentera nanti.

Elele so sweet tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.