
SEMUA pentadbir termasuk guru besar/pengetua sekolah atau institusi pendidikan di Sabah boleh menutup premis mereka apabila suhu melebihi 37 darjah Celsius.
Exco Pendidikan Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata ibu bapa perlu dimaklumkan mengenai penutupan itu secara bertulis sebagai medium komunikasi yang berkesan.
Pada masa sama, katanya, pihak pentadbir perlu peka dengan situasi gelombang haba semasa di sekolah atau institusi masing-masing.
“Bagi suhu melebihi 35-37 darjah Celsius tiga hari berturut-turut, pihak pentadbir perlu menghentikan semua aktiviti luar. Sehingga hari ini, sekolah masih berjalan seperti biasa dengan meminimumkan aktiviti di luar bilik darjah,” kata Dr Mohd Arifin, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
SPONSORED CONTENT Appreciating the past, preserving the present: A journey into the Orang Asli’s arts, culture THE Orang Asli's art is more than just a creative outlet, it also reflects their enduring ties to their homeland, identity, and culture. Read more Beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan memantau dan memaklumkan keadaan cuaca panas semasa dari masa ke masa.
Media nasional melaporkan pada 2 Mei, Kementerian Pendidikan tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan kelas dalam talian jika sekolah ditutup sementara kerana cuaca panas.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ahmad Rafee Che Kassim berkata sekiranya sekolah ditutup, hari ganti akan dicadangkan oleh pengarah pendidikan negeri masing-masing.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

