Bilangan unit Skim Smart Sewa ditambah, tawar peluang miliki rumah

10 Jul 2025 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 JULAI: Sebanyak 3,000 unit Skim Smart Sewa disasar menjelang tahun depan, bagi membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah dengan tempoh sewaan maksimum lima tahun.

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berkata sebanyak 2,221 unit rumah disewakan setakat ini dan pentadbiran negeri akan menambah baik sistem sedia ada untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerima manfaat.

“Buat masa ini sebanyak 2,221 unit disewakan yang mana paling banyak di daerah Klang sebanyak 407 unit. Menjelang tahun depan 3,000 unit akan disewakan.

“Skim Smart Sewa merupakan projek Rumah Selangorku (RSKU) yang bukan dibina oleh Kerajaan Negeri tetapi dibeli unit-unit RSKU tersebut daripada pemaju.

“Ini merupakan kaedah yang dikenakan kepada pemaju yang telah memohon pertukaran syarat penyediaan rumah mampu milik kepada Kerajaan Negeri,” katanya sesi penggulungan usul berkaitan Skim Smart Sewa pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri dengan tempoh sewaan maksimum lima tahun.

Sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar akan dipulangkan semula apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan.

Menjelang 2025, Kerajaan Selangor menyasar pembinaan 60,000 unit kediaman menerusi Dasar Perumahan Rumah Selangorku 3.0.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved