“Bilik asing si comel” – Individu Dedah DM ‘Manja’ Dengan Amir Ahnaf?

Entertainment
28 Aug 2024 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pelakon Amir Ahnaf semakin meningkat naik dalam industri hiburan tanah air, namun sejak kebelakangan ini namanya semakin disebut tetapi kerana kontroversi yang melanda dirinya.

Sebelum ini, tular gambarnya dengan seorang wanita yang tidak dikenali, wanita itu mendakwa dia menunggu pelakon Project High Council itu tetapi cintanya tidak dibalas meskipun sudah bertemu beberapa kali.

Terbaru, muncul seorang lagi individu yang mendedahkan perbualan direct message (DM) pelakon berusia 24 tahun dengan seorang wanita dipercayai menerusi Instagram.

Dalam DM tersebut dapat dilihat Amir mengajak wanita tersebut untuk berjumpa beberapa kali malah pelakon itu turut mengajaknya untuk datang ke bilik hotelnya.

image is not available

Menerusi tangkap layar DM tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan merupakan warga Singapura dan mereka banyak mengatur perjumpaan ketika Amir berada di sana.

Dalam pada itu, dalam DM tersebut juga kelihatan Amir beberapa kali melakukan panggilan audio untuk menghubungi wanita itu menerusi aplikasi tersebut.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada apa-apa kenyataan daripada pihak Amir Ahnaf berkenaan isu ini.

Hmm, siapa pulak ini ya?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.