Bilik enjin kapal rosak akibat serangan kapal tangki di Selat Hormuz

4 Oct 2026 • 8:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bilik enjin kapal rosak akibat serangan kapal tangki di Selat Hormuz

TEHERAN: Serangan terhadap sebuah kapal tangki di Selat Hormuz merosakkan bilik enjin kapal berkenaan, menurut sebuah agensi maritim Britain pada Ahad, tanpa menyatakan bila kejadian itu berlaku.

Iran berusaha mengenakan kawalan ke atas laluan perkapalan penting itu sejak bermulanya perang dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Teheran berulang kali menyasarkan kapal di laluan berkenaan yang didakwa melalui kawasan itu tanpa kebenarannya.

AS turut menyerang kapal yang didakwa cuba mengelak sekatan balas terhadap pelabuhan Iran.

Sebuah projektil tidak dikenali mengenai kapal itu.

Namun, anak kapalnya tidak mengalami kecederaan, menurut Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO).

Tiada kesan terhadap alam sekitar akibat serangan itu direkodkan, tambahnya.

Agensi berkenaan tidak menyatakan tarikh kejadian, asal atau destinasi kapal itu.

Ia juga tidak menyatakan sama ada ia kapal tangki minyak atau kapal pengangkut gas asli cecair (LNG).

Selat Hormuz, yang menjadi laluan kira-kira satu perlima minyak dan gas dunia sebelum perang, kekal sebagai isu utama dalam rundingan antara Iran dan AS.

Serangan terhadap kapal di Selat Hormuz masih berterusan tetapi AS tidak melancarkan serangan terhadap Iran sejak 1 September. – AFP

The post Bilik enjin kapal rosak akibat serangan kapal tangki di Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved