Bilik Ketua Polis Balai Pulau Tikus terbakar

24 Aug 2023 • 5:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Bilik Ketua Polis Balai Pulau Tikus di sini terbakar dalam kejadian hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.33 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal bergegas ke lokasi.

“Sebaik pasukan bomba tiba, didapati kebakaran itu melibatkan penyaman udara dan struktur bangunan di dalam bilik berkenaan. Api telah berjaya dipadamkan oleh pihak polis sebelum bomba tiba,” katanya dalam kenyataan.

Menurut jurucakap itu, bilik berkeluasan 400 kaki persegi berkenaan hanya terbakar 20 peratus dan kejadian tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Katanya operasi tamat sepenuhnya pada 9.29 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. -Bernama