Bilik Ketua Polis Balai Pulau Tikus Terbakar

24 Aug 2023 • 5:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bilik Ketua Polis Balai Pulau Tikus Terbakar

GEORGE TOWN, 24 Ogos (Bernama) — Bilik Ketua Polis Balai Pulau Tikus di sini terbakar dalam kejadian hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.33 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal bergegas ke lokasi.

“Sebaik pasukan bomba tiba, didapati kebakaran itu melibatkan penyaman udara dan struktur bangunan di dalam bilik berkenaan. Api telah berjaya dipadamkan oleh pihak polis sebelum bomba tiba,” katanya dalam kenyataan.

Menurut jurucakap itu, bilik berkeluasan 400 kaki persegi berkenaan hanya terbakar 20 peratus dan kejadian tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Katanya operasi tamat sepenuhnya pada 9.29 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sumber: BERNAMA