Bilik mesyuarat siasatan jenayah narkotik Tampin terbakar

22 May 2025 • 11:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bilik mesyuarat di tingkat empat Bangunan Pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin musnah dalam kebakaran pada Khamis. Foto hiasan

SEREMBAN - Sebuah bilik mesyuarat di tingkat empat Bangunan Pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin musnah dalam kebakaran pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kejadian pada jam 7.15 malam itu disedari anggota bertugas di pejabat pertanyaan trafik sebelum menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut.

"Kemusnahan dianggarkan 100 peratus namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Ketika kejadian tiada anggota bertugas di pejabat tersebut.

"Kebakaran kemudian berjaya dikawal pada 8.10 malam,” katanya dalam kenyataan di sini malam Khamis.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan oleh pihak bomba. - Bernama