Bilik Pameran Flagship Lotus Kuala Lumpur Kini Di Glenmarie, Shah Alam

LocalCars
16 Aug 2024 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain pelancaran Lotus Emeya, Lotus Cars Malaysia turut merasmikan pusat pameran terbaharunya Lotus Kuala Lumpur yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

Ia merupakan ruang pameran kedua selepas ruang pameran Pavilion Damansara Heights dibuka pada Februari lalu.

Ruang pameran ini dilengkapi dengan dua ruang khas untuk penyerahaan kenderaan, ruang rehat untuk pelanggan.

image is not availableimage is not available

Selain itu, terdapat juga ruang yang khusus untuk jualan barangan dan cenderamata Lotus dan sebuah ruang konfigurator yang membolehkan pembeli-pembeli menentukan spesfikasi pelbagai peralatan dan aksesori tambahan untuk kenderaan Lotus yang baru dibeli.

image is not available

Fasiliti yang berkeluasan 1,763 meter persegi ini terletak di Jalan Juruhebah U1/50, Temasya Industrial Park, 40150 Section U1, Shah Alam dan dibuka pada setiap hari bermula dari 9 pagi hingga 6 petang.