Bilik Pameran Flagship Pertama Neta Kini Dibuka Di Ampang, KL

LocalCars
29 Oct 2024 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seiring mengubah landskap kenderaan elektrik negara, NETA Auto & KCM Group membuka bilik pameran flagship NETA yang pertama di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bilik pameran terbaharu ini sebenarnya menggambarkan misi NETA untuk menjadikan kenderaan elektrik pintar lebih mudah diakses selain meningkatkan pengalaman membeli kereta.

Direka bentuk sebagai pusat pengalaman yang cukup lengkap, bilik pameran ini membolehkan para pengunjung menyaksikan sendiri teknologi inovatif NETA.

Naib Presiden NETA Auto. Zhou Jiang berkata, setiap lokasi baharu mewakili langkah penting dalam mencapai matlamat syarikat untuk menjadikan mobiliti pintar boleh diakses oleh semua pihak.

"Dengan sokongan kuat rakan kongsi tempatan seperti KCM Group, kami yakin bahawa EV berteknologi tinggi dan mampu milik ini memenuhi citarasa pengguna Malaysia apabila penggunaan EV semakin pantas di seluruh Asia Tenggara,” katanya.

image is not available

Bilik pameran itu yang terletak di atas tanah berkeluasan 2,322 meter persegi menggabungkan reka bentuk cangguh dengan pelbagai fasiliti lain.

Fasiliti baharu itu dilengkapi dengan ruang untuk mempamerkan model Neta, ada ruang rehat, perkhidmatan selepas jualan dan banyak lagi.

image is not available

Di sebalik pelancaran bilik pameran NETA Auto Flagship di Ampang, pihak Neta turut menyerahkan 50 unit pertama NETA kepada pelanggan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, lawati kami dalam talian di https://neta.my/.