Jom Pandu Uji MINI Aceman Elektrik yang Pertama – Hampir 410 KM, Dari RM213K

LocalCars
28 Oct 2024 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

MINI Aceman kini hadir dalam versi elektrik (EV) sepenuhnya, mengikuti jejak langkah Cooper dan Countryman yang telah pun ditawarkan di pasaran dengan trenkuasa elektrik.

Diperkenalkan buat pertama kali di peringkat global baru-baru ini, MINI Aceman diposisikan di antara model Cooper dan Countryman, yang boleh diumpamakan seperti 'jambatan' antara kedua-dua model tersebut, tetapi dengan gaya tersendiri dalam kategori crossover premium subkompak yang semakin menarik perhatian ramai.

Rekaan Ringkas yang Elegan dan Memukau 'Charismatic Simplicity'

image is not available

Sekilas pandang, dapat dilihat bahawa Aceman banyak berkongsi elemen rekaan dengan model Cooper dan Countryman. Namun, konsep reka bentuk 'Charismatic Simplicity' ini mula diperkenalkan pada model Aceman sejak di peringkat konsep lagi. Dengan sentuhan rekaan yang berani dan unik, Aceman tampil menyerlah walaupun kompak.

Penggunaan Ruang yang Pintar

image is not availableimage is not available

Aceman berkongsi rangka yang sama dengan Cooper, tetapi dengan beberapa perbezaan dari segi kepanjangan, jarak roda dan ketinggiannya. Prinsip 'Clever Use of Space' MINI menghasilkan kabin yang sangat praktikal dan luas, dengan ruang but 300 liter yang boleh diperluas sehingga 1,005 liter.

Sentuhan Dalaman yang Menarik

image is not available

Seperti Cooper dan Countryman, Aceman menampilkan sentuhan mewah yang mampan, dengan penggunaan fabrik berkualiti tinggi dan bahan kitar semula. Rekaan dalaman ini bukan sahaja menyerlahkan aura mewah jentera tetapi juga mesra alam, mencerminkan komitmen MINI terhadap kelestarian.

Teknologi Canggih

image is not available

Dari segi teknologi, MINI Aceman dilengkapi dengan paparan sentuh OLED bulat besar yang berukuran 240 mm dengan sistem operasi MINI 9 yang pantas dan intuitif. Selain itu, model kecil ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti papar pandu (HUD) dan MINI Digital Key Plus, yang membolehkan pemilik menggunakan telefon pintar sebagai kunci digital.

Keselamatan Terjamin

image is not available

Aceman tidak ketinggalan dalam aspek keselamatan kerana diberikan pelbagai ciri bantuan pemanduan canggih (ADAS) seperti amaran penukaran lorong, info had kelajuan dan amaran pelanggaran hadapan. Pengguna juga dapat memanfaatkan sistem bantuan parkir, Parking Assistant Plus, yang disediakan secara standard. Sistem ini memudahkan pemandu untuk meletakkan kenderaan dengan ciri seperti bantuan kawalan jarak parkir aktif dan kamera pandangan panoramik.

Pengalaman Pemanduan 'Go-Kart'

image is not available

MINI terkenal dengan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan ini juga termasuklah Aceman. Dengan motor elektrik 160 kW (215 hp) dan 330 Nm, Aceman boleh memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.1 saat. Pemandu juga boleh memilih daripada lapan mod pemanduan yang berbeza yang boleh disesuaikan untuk pelbagai situasi.

Bateri dan Sistem Pengecasan yang Versatil

image is not available

Dengan bateri 54.2 kWj, Aceman mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 406 km dengan sekali cas penuh. Model ini menerima pengecasan AC sehingga 11 kW dan DC sehingga 95 kW. Dengan pengecas pantas, Aceman boleh dicas dari 10-80% dalam masa hanya 30 minit.

Harga Jualan MINI Aceman Elektrik

image is not available

MINI Aceman versi elektrik yang pertama kini ditawarkan di pasaran pada harga RM213,888. Bagi yang berminat, anda dialu-alukan untuk untuk pandu uji Aceman dengan membuat tempahan slot di mana-mana cawangan pengedaran MINI yang terdekat. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web MINI Aceman Malaysia.

image is not available