Bilik Pameran iCaur Kedua Dibuka Di Petaling Jaya

LocalCars
6 Sep 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

iCaur Malaysia secara rasmi membuka bilik pameran keduanya, iCaur Playground, yang bertempat di lokasi strategik di Petaling Jaya, Selangor. Cawangan terbaru ini diuruskan oleh Karrus Automotive Group, pengimport multi jenama yang juga mengendalikan jenama Lotus dan Zeekr.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Bangunan empat tingkat yang berkeluasan 18,000 kaki persegi ini dibangunkan bukan sahaja untuk mempamerkan barisan model yang ditawarkan iCaur, tetapi juga sebagai hab komuniti.

Tingkat bawah menempatkan kenderaan iCaur yang buat masa ini memperlihatkan model pertama yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, iCaur 03. Tingkat mezanin pula menempatkan zon permainan dan ruang santai untuk pengunjung.

image is not availableimage is not available

Seterusnya di tingkat kedua, terdapat zon khas untuk pelanggan membuat pemasangan ciri eksklusif atau aksesori tambahan pada jentera.

Tingkat bawah tanah pula bakal menempatkan pusat servis selepas jualan yang lengkap. Ruang servis ini kini sedang dalam proses persiapan dan dijangka akan dibuka tidak lama lagi.

image is not available

iCaur Playground dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang bertempat di 54, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, PJS 12, Petaling Jaya, Selangor.