PETALING JAYA: Setiausaha persatuan staf akademik sebuah universiti awam di Melaka direman selepas disyaki menyeleweng wang untuk membayar kos guaman dan perintah mahkamah bagi pihak isterinya berjumlah RM84,500 tahun lalu.
Mahkamah Majistret Ayer Keroh membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek lelaki berusia 47 tahun selama tujuh hari bermula hari ini hingga 7 Sept.
Sumber berkata, suspek ditahan 5.10 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.
“Dia didakwa menyalahgunakan kedudukannya dengan menggunakan duit persatuan itu sebanyak RM84,500 untuk membayar kos guaman dan kos perintah mahkamah bagi pihak isterinya,” katanya menurut Berita Harian.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.