Bilik Pameran Proton e.MAS Dibuka 2 Di Sabah, 2 Lagi Di Sarawak

LocalCars
10 Feb 2025 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Anak syarikat kenderaan tenaga baharu PROTON, PRO-NET, membuka empat bilik pameran Proton e.MAS di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

Empat bilik pameran itu ialah Proton e.MAS milik Harapan Maju Sabah Sdn. Bhd yang dibuka pada 8 Februari lalu dan sebuah lagi milik Melinau EV Sdn. Bhd yang terletak di Kuching, Sarawak.

Peluasan rangakaian pengedar ini diteruskan dengan pembukaan bilik pameran milik Ghee Hua Co. Sdn. Bhd. yang terletak di Sarawak. Bagaimanapun, bilik pameran ini akan dibuka pada 13 Februari ini.

Sebuah lagi bilik pameran milik Fook Loi Eurocar Sdn. Bhd yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah pula akan dibuka di Sabah pada 28 Februari nanti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya cukup teruja untuk memulakan babak baru bagi Proton e.MAS dengan pengembangan pusat pengedar ke Sabah dan Sarawak.

image is not available

“Pembukaan rangkaian pengedar pertama proton e.MAS di Sabah dan Sarawak mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan mobility elektrik lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia.

“Dengan sokongan rakan kongsi yang kukuh, kami yakin pencapaian ini akan mempercepatkan revolusi EV di rantau ini, membawakan inovasi, kelestarian, dan pengalaman pemilikan EV yang luar biasa kepada para pelanggan kami,” katanya.

image is not available

Difahamkan, bilik pameran moden ini direka bukan sahaja untuk mempamerkan teknologi kenderaan elektrik terkini dari PROTON, tetapi juga berfungsi sebagai pusat utama bagi pendidikan dan interaksi kepada pelanggan.

image is not available

Buat masa ini, terdapat 37 pengedar Proton e.MAS di seluruh negara. Untuk keterangan lanjut, layari Proton e.MAS Cars di Facebook.