Proton e.MAS 7 Terbukti Efisien, Hanya Guna 30% Bateri Ke Melaka

TechnologyCars
28 Jan 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Anak syarikat Proton, Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (Pro-Net), telah menganjurkan Weekend SPARK Media Drive untuk memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 kepada media minggu lalu. Mewakili Carz.com.my ialah juruvideo kami yang telah berpeluang merasai sendiri kemampuan dan kecanggihan model elektrik pertama Proton ini untuk perjalanan jarak jauh.

Teknologi Canggih Diuji Dalam Pelbagai Keadaan Jalan

image is not available

image is not availableimage is not available

Dalam perjalanan yang dimulakan dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE) ke Melaka ini, media berpeluang menguji pelbagai teknologi canggih e.MAS 7, termasuk unit pemanduan pintar 12 dalam 1 serta sistem bantuan pemanduan (ADAS) separa autonomi tahap 2.

image is not available

Selain itu, cabaran "e.MAS 7 Efficiency Challenge" turut diadakan bagi menguji sejauh mana kecekapan bateri Aegis LFP dan sistem trenkuasa e.MAS 7.

Kumpulan pemandu yang diketuai Ikhwan Nazri dari Amanz muncul sebagai juara setelah berjaya mencatatkan kadar penggunaan tenaga yang paling rendah dengan hanya menggunakan 30% bateri, mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 300 km.

image is not availableimage is not available

Ikhwan berkongsi bahawa empat tahap tetapan sistem regeneratif yang ditawarkan e.MAS 7 membantunya mencapai penggunaan tenaga paling efisien.

“Saya sangat kagum dengan empat tetapan regen yang tersedia dan dengan memilih tetapan paling rendah, ia memberikan e.MAS 7 lebih inersia dalam membantu meluncur dan meredah.

"Ini membolehkan kami mendapatkan angka penggunaan tenaga paling rendah dan menduduki tempat teratas dalam cabaran 'Efficiency Challenge.' Ini merupakan tips penting dalam mendapatkan jarak paling jauh dalam sesebuah EV (dan juga kenderaan ICE)," jelasnya.

image is not available

Sementara itu, pasukan Carz.com.my pula berjaya mencatat purata penggunaan tenaga 11.3 kWj setiap 100 km dan hanya menggunakan 32% daripada kapasiti bateri. Bagaimanapun, memandangkan tempoh pemanduan semasa acara ini agak terhad, kami akan menyediakan ulasan lebih terperinci mengenai e.MAS 7 sebaik unit pandu uji tersedia dalam masa terdekat.

Diskaun 30% Caj Pengecasan Sempena Tahun Baharu Cina

image is not available

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan penyerahan pertama Proton e.MAS 7 kepada pelanggan, Pro-Net menawarkan diskaun pengecasan EV e.MAS dan smart sebanyak 30% dari 25 Januari hingga 3 Februari 2025. Hanya gunakan aplikasi Proton e.MAS atau Hello smart untuk memulakan sesi pengecasan, dan diskaun akan diberikan secara automatik.

Pengguna EV Pro-Net kini boleh mengakses lebih daripada 80% pengecas EV di seluruh negara hasil kerjasama dengan pelbagai pengendali stesen pengecasan (CPO) seperti Gentari, JomCharge, chargEV, DC Handal, CarputZap dan ChargeSini.

Proton dan PRO-NET kini turut menjalinkan kerjasama dengan Shell Recharge yang menambah lebih banyak stesen pengecas di lebuh raya dan kawasan bandar, termasuk pengecas berkelajuan tinggi.

Selain itu, melalui integrasi rangkaian ChargeSini, yang merupakan rangkaian pengecasan pertama di Malaysia dengan sistem perayauan (roaming), membolehkan pengguna mengakses stesen dengan lebih mudah.