Bilik simpanan kucing di kediaman TPM terbakar

22 Apr 2023 • 4:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bilik simpanan kucing di kediaman Ahmad Zahid di Country Heights terbakar pada Sabtu. - Foto Bomba Selangor

image is not available
Bomba berjaya memadam kebakaran di bilik simpanan kucing dalam kejadian di kediaman milik Timbalan Perdana Menteri, pada Sabtu. - Foto Bomba Selangor

KAJANG - Bilik simpanan kucing di kediaman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Country Heights di sini terbakar pada Sabtu.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Bangi dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 1.30 petang.

"Kebakaran melibatkan bahagian bilik simpanan kucing sebuah rumah banglo dua tingkat milik Timbalan Perdana Menteri.

"Keluasan yang terjejas akibat terbakar sebanyak 15 peratus," katanya pada Sabtu.

**media[2171835]**

Beliau berkata, api berjaya dipadamkan pihak bomba dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.