Ruang Bilik Di Kediaman TPM Terbakar

22 Apr 2023 • 6:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahli bomba berjaya memadam kebakaran di ruangan berukuran 20x20 kaki persegi itu. - Gambar ihsan bomba

KUALA LUMPUR - Sebuah bilik yang menempatkan kucing peliharaan di kediaman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Country Heights, Kajang, Selangor, terbakar dalam kejadian tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Mohamad Hazrumi Halim berkata, ruangan berukuran 20x20 kaki persegi itu terbakar 15 peratus.

Menurutnya, terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 tengah hari membabitkan kebakaran sebuah rumah banglo dua tingkat di kawasan berkenaan.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan Bangi digegaskan ke lokasi kejadian.

“Api berjaya dipadamkan pihak bomba dan tiada mangsa (individu) terlibat,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, susulan kejadian itu, ada haiwan peliharaan terbabit mati. - Getaran, 22 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved