Bill Gates Saran Tanam Benih Ajaib, Selesaikan Perubahan Iklim & Kelaparan Global

Environment
15 Sep 2022 • 11:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Minta pelaburan besar dalam bidang penciptaan benih, pengasas Microsoft Bill Gates dakwa benih ajaib dapat selesaikan masalah perubahan iklim, menentang perosak pertanian dan kelaparan dunia, lapor Daily Mail.

Dalam laporan tahunan Goalkeepers dari Yayasan Bill dan Melinda Gates, beliau berkata krisis kelaparan global sangat besar sehingga bantuan makanan tidak dapat menangani masalah itu sepenuhnya.

Menurut lelaki terkaya di dunia tersebut, apa yang diperlukan untuk memulihkan krisis itu adalah memberi inovasi baru dalam teknologi pertanian.

image is not available
Kredit: Daily Mail via Bill Gates

Beliau yakin pelaburan itu akan berjaya ekoran sebelum ini yayasannya pernah menanam benih ajaib termasuk jagung yang telah menunjukkan hasil dan dicipta supaya lebih tahan terhadap iklim lebih panas dan kering.

Benih ajaib itu juga melibatkan padi yang memerlukan tiga minggu atau lebih sedikit untuk mendapatkan hasilnya.

Tambahnya, inovasi itu akan membolehkan produktiviti pertanian meningkat walaupun iklim berubah.

Namun, beliau mendakwa bajet penyelidikan dan pembangunan untuk inovasi baharu seperti benih ajaib masih terlalu sedikit berbanding perbelanjaan untuk bantuan makanan.

“Banyak negara belum cukup berkembang dan perubahan iklim menjadikan pertanian lebih sukar. Cabaran itu tidak boleh diselesaikan melalui derma, ia memerlukan inovasi,” katanya memetik Daily Mail.

Yayasan Bill dan Melinda Gates

Pada tahun 2000, Yayasan Bill dan Melinda Gates mula dibangunkan dan ia dikatakan sebagai yayasan swasta terbesar di dunia.

Yayasan itu mula terkenal dengan kerja-kerjanya dalam kesihatan global, termasuk vaksin dan telah melabur dalam teknologi pertanian termasuk benih jagung yang dikenali sebagai DroughtTego.

Benih itu mula dibangunkan di bawah program Yayasan Teknologi Afrika di mana dananya dibiyai Yayasan Gates sebanyak RM593 juta sejak tahun 2008.

Sumber: Daily Mail