Billie Jean King akhirnya bergelar graduan selepas 61 tahun

19 May 2026 • 11:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Billie Jean King akhirnya bergelar graduan selepas 61 tahun
Billie Jean King

 

IKON tenis, Billie Jean King menamatkan pengajian di kolej pada usia 82 tahun, lebih enam dekad selepas menangguhkan pengajiannya untuk memberi tumpuan sepenuh masa kepada tenis profesional.

 

Tahun lalu, King menyambung semula pengajiannya untuk menamatkan ijazah dalam bidang sejarah dan pada Isnin, beliau menamatkan pengajian di California State University di Los Angeles.

 

“Adalah satu penghormatan untuk saya berada di sini sebagai anggota kelas graduan anda.

 

“Ya, akhirnya berjaya selepas 61 tahun!"

 

“Seperti ramai rakan graduan saya, saya ialah anggota pertama dalam keluarga terdekat yang berjaya menamatkan pengajian di kolej, sama seperti kebanyakan anda,” kata King pada majlis konvokesyennya..

 

Sepanjang kerjaya aktifnya, King memenangi 39 gelaran Grand Slam iaitu 12 dalam perseorangan, 16 dalam beregu wanita dan 11 dalam beregu campuran.

 

Beliau merupakan pengasas Persatuan Tenis Wanita (WTA) dan Yayasan Sukan Wanita (WSF). - Bernama