BIMB Securities unjur pendapatan Lee Swee Kiat stabil didorong kekuatan jualan domestik

Business & Finance
22 Aug 2023 • 12:37 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BIMB Securities unjur pendapatan Lee Swee Kiat stabil didorong kekuatan jualan domestik

azan

22/08/2023 - 12:37

KUALA LUMPUR 22 Ogos - BIMB Securities Research mengunjurkan pendapatan Lee Swee Kiat Berhad stabil bagi baki 2023 didorong kekuatan jualan di pasaran domestik kesan daripada pembukaan sepenuhnya ekonomi negara.

Firma itu berkata, unjuran itu juga berdasarkan sasaran jualan 20,000 unit tilam Cuckoo Napure yang akan menghasilkan perolehan sebanyak RM35 juta selain menerima manfaat daripada pengukuhan ringgit.

.

"Bagaimanapun, kami kekal berhati-hati dengan inflasi global yang tinggi dan kadar faedah yang meningkat, kerana ia mungkin menjejaskan permintaan, dan terdapat juga kemungkinan cadangan semakan kepada gaji minimum di Malaysia, yang boleh membawa kepada kos tenaga kerja yang lebih tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu adalah RM2.64 juta pada 2QFY23 menyusut berbanding RM3.12 juta pada tahun sebelumnya.

Bagi tempoh enam bulan, jualan ialah kumpulan menyusut kepada RM60.79 juta berbanding RM61.96 juta setahun yang lalu dengan untung bersih RM6.08 juta berbanding RM6.8 juta pada tahun sebelumnya.

BIMB Securities berkata, bagaimanapun, pendapatan kumpulan masih terjejas akibat jualan eksport yang lebih rendah dan kos lateks yang lebih tinggi.

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 93 sesaham," katanya.- DagangNews.com