Bimbang Dimarah Isteri Selepas Habiskan Wang Gaji, Lelaki 65 Tahun Buat Laporan Palsu Dakwa Diri Dirompak Rohingya

12 Aug 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bermacam ragam dilalui oleh pasangan yang telah berumah tangga, termasuk hal berkaitan pengurusan kewangan.

Laporan palsu

Seorang lelaki berusia 65 tahun bertindak membuat laporan palsu yang dirinya dirompak gara-gara bimbang dimarah isteri selepas menghabiskan wang gaji bulanannya.

Memetik laporan yang diterbitkan oleh NST, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mendakwa dirinya dirompak oleh dua lelaki pada siang hari.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berkenaan memberitahu polis yang kejadian berlaku ketika dia pulang ke rumah dari Teluk Kalong, selepas mengeluarkan wang dari stesen minyak di Kijal, Terengganu.

Ketika itu, dia diminta oleh seorang lelaki warga Rohingya untuk membantu membawa kawannya ke klinik. Selepas keluar dari kenderaan, lelaki warga Rohingya itu mengacukan pisau kepadanya, sementara rakan lelaki tersebut mengacukan parang pada perutnya.

Tunai

Lelaki berkenaan turut memberitahu yang warga Rohingya itu merampas wang tunai berjumlah RM1,100 daripadanya sebelum beredar.

Malangnya, pihak berkuasa akhirnya berjaya menghidu penipuan tersebut selepas menjalankan siasatan menerusi laporan yang dibuat. Dia kemudian mengaku laporan tersebut sengaja diadakan, gara-gara bimbang isterinya memarahinya selepas menghabiskan wang gaji yang diterima.

Difahamkan, dia juga meminjamkan wang kepada rakan perempuannya.

Hanyan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat penjawat awam yang diketahui palsu. Jika bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: NST