Bimbang Isteri Jadi ‘Malas’, Lelaki Ini Sanggup Sembunyi Loteri Bernilai RM145 Juta

4 Nov 2022 • 8:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki tersebut menyembunyi kemenangan loterinya kerana bimbang isterinya akan jadi ‘malas’

Bimbang Isteri Jadi ‘Malas’, Lelaki Ini Sanggup Sembunyi Loteri Bernilai RM145 Juta. Dilaporkan seorang lelaki dari China telah menyembunyikan kemenangan loterinya bernilai 219 juta yuan (bersamaan ~RM145 juta) kerana bimbang isterinya akan menjadi ‘malas’.

Malah, lelaki tersebut sanggup memakai kostum untuk menyembunyikan identitinya apabila dia pergi untuk menuntut kemenangannya.

image is not available
Bimbang Isteri Jadi ‘Malas’, Lelaki Ini Sanggup Sembunyi Loteri Bernilai RM145 Juta

Nombor sama yang dipilih selama bertahun-tahun membuahkan hasil

Menurut laporan, lelaki terbabit yang hanya dikenali sebagai Encik Li, telah membeli tiket bertuahnya itu di sebuah kedai di Litang, sebuah bandar di timur ibu kota wilayah Nanning, China.

Katanya, sehari selepas menyedari bahawa dia telah memenangi loteri, dia memandu seorang diri untuk menampilkan tiketnya di sebuah pusat loteri iaitu Guangxi Welfare Lottery Centre.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Sumber; China Plus

Sebelum itu, dia hanya tidur di sebuah hotel kerana takut untuk keluar dan bimbang kehilangan tiket loteri tersebut.

Yang menariknya, nombor kemenangannya adalah nombor yang sama yang dia pilih selama bertahun-tahun tanpa hasil – iaitu nombor 2, 15, 19, 26, 27, 29, dan 2.

Derma sekitar RM3 juta kepada badan amal

Ketika ditemu bual mengenai kemenangannya, dia mendakwa dia telah menyembunyikan berita itu daripada isteri dan anaknya kerana bimbang ‘kekayaan segera’ mereka akan membuatkan mereka malas.

Saya tidak memberitahu isteri dan anak saya kerana bimbang mereka akan terlalu leka dan tidak akan bekerja, atau bekerja keras pada masa hadapan,”

katanya.

Ia difahamkan juga bahawa lelaki tersebut telah menderma sebanyak RM3 juta kepada badan amal.

Ketika menuntut kemenangannya, Encik Li memakai sebuah kostum kuning kartun bagi menyembunyikan identitinya.